Ambil kesempatan ini update N3 kali ini...moga moga mata mahu lena lepas ini...seperti tajuk n3 kali ini eyna nak kongsi resepi dan cara pembutannya...seingat na dah bertahun juga tidak membuat dan makan lepat labu ini...
masa di kampung mak selalu buatkan lepat untuk makan petang kami...eyna sangat suka..
jom kite intai2 resepinye...
LEPAT LABU KUNING
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula (dan di tambah 3 sudu besar lagi gula)
1/2 sudu teh garam halus
Bahan B
1/2 biji labu kuning - berat anggaran 1 kg
Bahan C
1/2 biji kelapa parut - gaulkan dengan sedikit garam
Daun pisang secukupnya - di layur
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan A kedalam sebuah mangkuk, gaul hingga semua bahan bercampur dan ketepikan seketika.
2. Kupas labu kuning dan potong kiub. Rebus hingga empuk dan toskan dalam 2 minit serta lenyek sehingga hancur.
5.Letakkan kelapa parut dan sudukan sedikit lagi adunan ke atasnya (nipis sahaja, sekadar menutup inti). Bungkus dengan rapi dan masukkan ke dalam pengukus.
6.Kukus selama 15 - 20 minit, dan setelah sejuk bolehlah di hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan