Assalammualaikum.dan salam sejahtera kpd rakan2 yg sudi mengunjungi ke blog saya..
blog nie ditubuhkan adalah sebagai rujukan kepada saya dan rakan rakan,dimana smua resepi yang telah sy cuba...

Isnin, 13 Februari 2012

AGAR AGAR KERING

salam semua...slmt petg ea....tgahari td i buat agar agar kering,akak ipar yg minta tolg buatkn coz utk perkahwinan adik nya...yg akan berkahwin xlame lg....sebabkn i ni suri rumah sepenuh masa i buatkn lah...sebelom 2 jom ler kite bc sedikt artikel kt bwah ni...


Agar-agar kering  atau juga dikenali sebagai 
beleda kering di  kelantan dan terengganu 
merupakan sejenis kuih tradisional lama. 
Rasanya rapuh lembut dan manis.Agar-agar 
kering merupakan sejenis kuih yang tahan lama.
Agar-agar kering merupakan pada asasnya dibuat
 daripada agar-agar manis yang telah 
dikeringkan. Agar-agar kering biasanya dibuat 
dalam pelbagai warna agar menarik,dijemur 
separuh kering menjadikan ia tidak mudah rosak 
dan tahan lama. Pada asasnya agar-agar dibuat 
seperti biasa, tetapi dengan tambahan 
menggunakan gula batu. Lebih dari satu warna 
dihasilkan dan daun pandan digunakan bagi 
menimbulkan bau wangi. Kemudian apabila agar-
agar telah menjadi keras, agar-agar tersebut 
akan dipotong pada saiz potongan yang 
bersesuaian. Saiz potongan akan mengecil 
selepas dijemur apabila agar-agar tersebut 
kehilangan air dan berubah menjadi agar-agar 
kering.
Agar-agar kering yang baik biasanya mempunyai 
rupa berkaca, disebabkan kandungan gula yang 
mengeras dikelilingnya. Ia mempunyai rasa yang 
rangup di habagian luar dan lembut di dalam. 
Agar-agar kering biasanya jarang dihasilkan 
dan hanya dibuat bagi acara istimewa seperti 
hari raya.




belom jemur lg...nt i upload gmbr da jemur...

37.5gm agar2
2 1/2cwn gula kastor
200gm gula batu - nak bagi agar2 tu berkilat
1 helai daun pandan
1500ml air

Cara membuatnya:

1. Masak air dan agar2 beserta daun pandan sehingga mendidih.
2. Bila agar2 dah larut masukkan gula pasir dan gula batu.
3. Warnakan dengan warna yang disukai dan biarkan ianya keras.
4. Potong ikut jer lah kesukaan masing2 nak potong camna, lebih elok kalau gunakan pisau yang   bergerigi tu.cantik jer...
5. Jemur dipanas matahari, kalau betul2 panas terik dan tak hujan tu 3-4 hari dah ok dah.

ni baru pas potong..bru nak jemur!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan