Whipping Cream atau krim putar terdiri daripada 2 jenis iaitu
- Non-Dairy Whipping Cream
- Dairy Whipping Cream.
Perbezaan diantaranya adalah kandungan lelemak (fats content) yang ada di dalamnya. Untuk menghias kek sebaiknya menggunakan Non-Dairy Whipping Cream.
Non-Dairy Whipping Cream
Non-Dairy Whipping Cream (atau juga dikenali sebagai Fresh Cream @ Whip Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream) adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang 3-4x ganda dari kuantiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda. Ia juga menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci (lebih kurang 300g krim dalam bentuk cecair). Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu.
- Cara guna:
Selalunya krim jenis ini sudah ada perasa gula, jadi apa yang perlu anda lakukan adalah colek sedikit rasa kemanisannya, tak perlu ditambah gula. Jika tak cukup maka boleh tambah gula halus dan pukul. Jangan terlebih putar kerana ia akan menghasilkan krim yang kasar dan sukar untuk dilepa di atas kek. Cukup memadai jika ia kembang, gebu dan likat. Jika anda terlebih pukul krim putar jenis bukan tenusu ini, masukkan sedikit krim (yang masih dalam bentuk cecair) ke dalam krim yang terlebih pukul tadi. Pukul pada kelajuan perlahan hingga krim menjadi lebih cair dan halus (seeloknya keluarkan separuh krim yang terlebih pukul tadi dan simpan dalam freezer untuk elak pembaziran. Guna sebanyak mana yang perlu saja)
- Mewarna:
Jenis non-dairy whipping cream ini juga boleh diwarnakan sebaik saja dipukul dengan kembang dan gebu. Ambil sedikit pewarna cecair atau serbuk (biasa saya guna pewarna cecair) dan kacau dengan perlahan guna sudu (bagi kuantiti yang sedikit). Simpan dalam peti sejuk sebentar untuk 'mematangkan' warna kerana dari permerhatian saya, krim yang diwarnakan dan dibiarkan untuk sehari atau beberapa jam lebih terang dan cerah berbanding jika digunakan terus. Ini juga dapat mengelakkan kita dari terlebih letak pewarna dan menambahkan kuantiti cecair dalam krim. Ia juga akan lebih mudah digunakan selepas dibiarkan dalam peti sejuk.
- Penyimpanan:
Krim yang telah dipukul sebaiknya disimpan selama sehari dalam peti sejuk. Keesokkannya boleh gunakan untuk menghias cupcakes ataupun kek. Tips ini supaya anda dapat krim yang lebih mantap atau juga boleh terus digunakan. Bergantung kepada jenama krim yang digunakan, kebanyakannya boleh tahan 6 bulan setelah dipukul hingga gebu dan disimpan dalam bekas kedap udara di dalam freezer (contohnya jenama Flavor Right ) Walau bagaimanapun, elok jika anda tanya si penjual di kedai bakeri supplier untuk keterangan yang lebih tepat.
- Jenis/Jenama:
Antara contoh jenama atau jenis non-dairy whipping cream/whip topping/fresh cream yang boleh didapati di pasaran di Malaysia adalah seperti Rich's Whip Topping (Gold Label), Red Man Whip Topping for Cakes and Pastries, Anchor Baker's Mix Krim Putar untuk Hiasan Atas Bukan Tenusu/Non-dairy Whip Topping, Value Pride Ready To Whip Topping, Flavor Right Premium Dessert and Pasrty Topping, Vivo Topping Ace, Presto Toppin' Pride Ready To Whip Topping, dan lain-lain.
- Harga:
Bergantung juga pada jenama, sesetengahnya lebih mudah digunakan untuk paip hiasan atas kek dan lebih tahan pada suhu bilik berbanding yang lain. Bergantung pada anda untuk memilih yang mana satu. Harga di pasaran bagi 1liter whip topping antara RM10-RM12, juga bergantung pada tempat. Salah satu tip untuk memilih whipping cream untuk hiasan atas kek adalah lihat pada labelnya. Jika tertera perkataan 'for topping', 'whip topping' atau 'non-dairy', ia sesuai digunakan untuk hiasan.
gambar sumber google.. |
Dairy Whipping Cream atau UHT whipping cream adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi kandungan lemak yang lebih berbanding dengan Non-Dairy Whipping Cream (35 % lemak susu).
- Kegunaan:
Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu (kerana lebih lemak berkrim dan tidak manis) atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat. Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama dan mudah cair pada suhu bilik.
Dairy Whipping Cream (yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream) tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang saya telah jelaskan diatas. Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.
Selain itu, whipping cream atau thick/double cream kerap digunakan dalam pembuatan kek untuk digunakan sebagai thickening agent (ejen pemekat). Ia boleh digantikan (substitute) dengan bahan lain, namun tidak boleh digantikan sebarangan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kuantiti cecair dalam masakan.
- Penyimpanan dan cara guna:
Seperti non-dairy whipping, krim jenis ini perlu disimpan di dalam freezer. Gunakan sebelum tarikh luput yang tertera pada kotak krim tersebut. Sebaiknya sebelum putarkan krim, simpan bekas mixer, beaters dan krim putar di dalam peti sejuk bahagian bawah. Ini kerana krim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan yang sejuk. Kek yang menggunakan krim putar jenis tenusu ini (contoh: triffle atau tiramisu) mudah cair pada suhu bilik, jadi sebaiknya simpan kek tersebut dalam peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan sahaja.
- Jenis/Jenama:
Antara contoh jenama Dairy Whipping Cream yang selalu kita jumpa di pasaran di Malaysia adalah Anchor UHT Whipping Cream, Emborg Whipping Cream, Arla Whipping Cream, President UHT Whipping Cream dan lain-lain. di pasaran di Malaysia adalah dalam RM15-RM16 bagi 1liter cecair; walau bagaimanapun ia bergantung pada tempat.
- Jika terlebih pukul:
Jangan terlebih pukul adunan whipping cream kerana ia akan cair semula, dan boleh 'seperate' atau terpisah, menghasilkan butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang putih-kekuningan). Jika ini terjadi, jangan dibuang. Sebaiknya tapis dan gunakan homemade 'butter' anda itu untuk melepa roti dan gunakan cecair buttermilk yang terhasil untuk menggantikan susu segar atau cecair di dalam sesuatu resepi contoh pancake, kek, biskut dan lain-lain. Buttermilk rasa seakan susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat (alkali).
sumber
::jom masak
::kak ita
::http://citarasawan.blogspot.com/2010/03/whipping-cream.html
sumber
::jom masak
::kak ita
::http://citarasawan.blogspot.com/2010/03/whipping-cream.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan