Assalammualaikum.dan salam sejahtera kpd rakan2 yg sudi mengunjungi ke blog saya..
blog nie ditubuhkan adalah sebagai rujukan kepada saya dan rakan rakan,dimana smua resepi yang telah sy cuba...

Isnin, 19 November 2012

rainbow cake in jar




Bahan2..
200 gm butter
330 gm gula castor
5 biji putih telur A
2 sdk esen vanilla
400 gm tepung gandum*
4 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
290 gm susu segar

6 jenis pewarna






1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang.
2. Tuang putih telur dan esen vanilla, kemudian pukul lagi sehingga adunan sebati.
3. Masukkan adunan tepung bergilir2 dengan susu segar, gaul sebati dengan menggunakan spatula,
jika nampak berketul2, gunakan mixer dengan kelajuan paling perlahan selama beberapa saat.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian, warnakan, boleh tambah perasa jika suka, masukkan dalam 'piping bag' dan gunting hujung 'piping bag' supaya menjadi lubang kecil.
5. 'Pipe' nipis adunan berselang seli. Jangan 'pipe' tebal sangat nanti kek akan mengembang.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terdahulu secara 'waterbath' dengan suhu 170C selama 35 minit atau sehingga masak, pastikan air dalam loyang adalah air panas.
. Sejukkan kek, baru 'pipe'kan dengan  cheese frosting,di atas kek dan hias ikut kreativiti masing2.



8. Ikatkan riben bersama sudu, sejukkan dan siap dihidangkan.


Bahan2 cheese..
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 gm gula aising - ayakkan

Cara2nya..
1. Dalam mixer, sebatikan cream cheese dan butter.
2. Tambahkan gula aising dan pukul lagi sehingga adunan rata. Siap untuk digunakan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan