Assalammualaikum.dan salam sejahtera kpd rakan2 yg sudi mengunjungi ke blog saya..
blog nie ditubuhkan adalah sebagai rujukan kepada saya dan rakan rakan,dimana smua resepi yang telah sy cuba...

Selasa, 14 Februari 2012

KEK KEREMEL



Gula Hangus 

bahan2:
2 sudu besar gula pasir

>>Sediakan loyang 8 inc. 
>>Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
>>Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
>>Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan 
>>Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
>>Ketepikan
sedapnya....


 

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair 
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

>>Kacau susu dan gula hingga gula larut.
>>Kacau telur dan esen perlahan.
>>Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
>>Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.ketepikn.
>>gandakn sukatan susu dan telur kuning kalau nak lapisan karemel yg tebal.
>>ketepikan


Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air 
45ml minyak masak

  • Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  • Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

  • Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  • Ketepikan.

Merinque  
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

  • Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
  • Pukul putih telur hingga berbuih
  • Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
  • Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
  • Gaul rata secara kaup balik
  • Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja
bahagi kpd 3 bhgian

warna ikut pilihan hati


Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.

  • Belang- belangkan adunan
  • Tuang 3 sudu lapisan biru, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan biru. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan hijau di tengah-tengah lapisan pink.
  • Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
  • Akhir sekali dengan satu sudu.
  • Lorekkan atas adunan dengan lidi.

percubaab pertama



percubaan kali kedua




Tiada ulasan:

Catat Ulasan