Assalammualaikum.dan salam sejahtera kpd rakan2 yg sudi mengunjungi ke blog saya..blog nie ditubuhkan adalah sebagai rujukan kepada saya dan rakan rakan,dimana smua resepi yang telah sy cuba...
Rabu, 15 Oktober 2014
BISKUT LIDAH KUCING
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
Pewarna pink, kuning, hijau dan biru,purple
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega
Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
Masukkan dalam piping bag untuk setiap warna berlainan
Potong kecil hujung piping bag.
Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki
saya suka ikut warna pelangi
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan