Assalammualaikum.dan salam sejahtera kpd rakan2 yg sudi mengunjungi ke blog saya..
blog nie ditubuhkan adalah sebagai rujukan kepada saya dan rakan rakan,dimana smua resepi yang telah sy cuba...

Sabtu, 18 Januari 2014

PESAN BONDA TENTANG AYAH:



Anakku..
Memang Papa mu tak mengandungkan mu..
Tapi,
Darahnya mengalir dlm darahmu. Darinya kau warisi namanya, dermawanan & kerendahan hati.

Anakku..
Memang Papa mu tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama memperkenalkanmu tentang Allah Pencipta Alam Semesta

Anakku..
Memang Papa mu tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah terhasil setiap suapan yang menjadi air susumu.



Anakku..
Papa mu memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau namamu tak pernah luput dalam doanya.

Anakku..
Tangisan Papa mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di dlm pelokannya ketika merasa tak aman.

Anakku..
Pelukan Papamu mungkin tak sehangat dan seerat mama...
Kerana,
Khuatir kecintaannya tak sanggup melepaskanmu selamanya.

Anakku..
Papa mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semuanya sendirian.



Anakku..
Mama hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta Papa kepadamu sama besarnya dengan cinta Mama.

Anakku..
pada susuk dirinya juga terdapat syurga bagimu. 
Maka,
Hormati dan sayangi  Papa mu.

Jauh dilubuk hatinya dia hanya ingin berbangga dgnmu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan