Assalammualaikum.dan salam sejahtera kpd rakan2 yg sudi mengunjungi ke blog saya..
blog nie ditubuhkan adalah sebagai rujukan kepada saya dan rakan rakan,dimana smua resepi yang telah sy cuba...

Rabu, 15 Oktober 2014

crunchy almond caremel


DAH SIAP POTONG DAN PACKING..

DAH SIAP BAKAR..TERUS POTONG SEMASA PANAS..


TEPUNG FLORENTA

KUACI...BOLE JUGA DI GANTI KAN DENGAN KKUACI HITAM

ALMOND..


200 gm tepung Florenta
200 gm almond flakes
100 gm kuaci 
20 gm bijan hitam


SEDIAKAN LOYANG YANG DI ALAS DENGAN KERTAS MINYAK..

BAHAN2 YANG TELAH DI CAMPUR..MASUKKAN KE DALAM LOYANG..

almond flakes dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 150 C selama 10 minit.
Satukan semua bahan dalam bekas..Gaul rata, hingga semuanya bersalut.
Sediakan loyang 14"x14" alas loyang dengan kertas minyak sahaja.
Panaskan oven pada suhu 150C.
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis.
Bakar dalam oven selama 20 minit.
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan Simpan dalam bekas kedap udara.




RATAKAN BAHAN KE SELURUH LOYANG.

POTONG KETIKA MASIH PANAS..TIDAK PERLU TUNGGU SEJUK...





BISKUT LIDAH KUCING


250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex






Pewarna pink, kuning, hijau dan biru,purple
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega
Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
Masukkan dalam piping bag untuk setiap warna berlainan
Potong kecil hujung piping bag.
Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki
saya suka ikut warna pelangi
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit..






PUDING ROTI BERSOS KASTARD


Bahan-bahan

8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter- cairkan

* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar Kismis

Untuk Sos Kastard

1 tin susu cair
2 s/b tepung kastard
2 s/b gula

Cara-cara

Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.

Taburkan kismis (kurma) diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.Tuang ke atas puding roti tadi.

BISKUT Y



Bahan-bahan
1 cawan gula pasir
3 cawan tepung gandum
180g butter




Cara-cara
1.Campurkan gula pasir dengan tepung dalam mangkuk gaul sebati..
2.Masukkan butter sikit2 gaul sehingga menjadi spt bread crumb.
(serbuk roti)
3.Tekan masuk ke dalam acuan Y dan susun di dalam loyang pembakar.
4.Bakar dgn suhu 170C selama 25 minit atau sehingga masak (nampak kekuningan coklat)
5.suhu mengikut kepanasan oven masing2…
6.Dah masak, keluarkan dari oven.
Sejukkan seketika dan kemudian baru keluarkan dari acuan.
p/s>>>Acuan Y tidak perlu disapukan marjerin/butter kerana tidak melekat.



BISKUT CENDAWAN









225 gm butter
75 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Bahan Ayak
300 gm tepung gandum atau tepung rose
90 gm tepung jagung
15 gm susu tepung
1 sudu teh emplex



Pukul butter bersama gula hingga sebati
Masukkan kuning telur dan esen vanila dan terus pukul dengan speed sederhana hingga sebati
Kemudian perlahankan speed dan masukkan bahan-bahan yang di ayak sedikit demi sedikit dan terus uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
Jika adunan lembik tambahkan sedikit sahaja lagi tepung
Panaskan oven pada suhu 150C bergantung pada kepanasan oven
Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter
Canaikan doh di atas dua lapik plastik supaya tidak melekat-lekat
Terap doh dengan acuan cendawan
Susun terapan cendawan atas loyang
Bakar di dalam oven pada suhu 150C selama 15~20 minit atau sehingga biskut masak
Setelah masak sejukkan
Sekarang kita sediakan icing



ICING
1 biji putih telur
90 gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh jus lemon
Pukul putih telur hingga kembang
Masukkan gula icing, tepung jagung dan jus lemon dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
Bahagikan adunan icing kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna pilihan
Masukkan dalam piping bag
Paipkan atas biskut cendawan yang telah sejuk tadi
Hiaslah ikut kreativiti masing-masing
Kemudian bakar semula dalam oven pada suhu 150 C selama 10 minit
Setelah masak biarkan sejuk sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara



Biskut mama carries





Bahan-bahan
300gm mentega/marjerin
375gm tepung gandum
130gm tepung jagung
100gm gula icing
1/2 sudu teh esen vanila
Utk hiasan
-1 biji putih telur
-100gm gula icing
-1 sudu besar tepung jagung
Cara-cara
Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.
Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
Canai doh dan terap dengan acuan..
Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak.
***utk HIASAN***
ICING
1 biji putih telur
90 gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh jus lemon
Pukul putih telur hingga kembang
Masukkan gula icing, tepung jagung dan jus lemon dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
Bahagikan adunan icing kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna pilihan
Masukkan dalam piping bag
Paipkan atas biskut yang telah sejuk tadi
Hiaslah ikut kreativiti masing-masing
Kemudian bakar semula dalam oven pada suhu 150 C selama 10 minit (ikut oven masing2)
Setelah masak biarkan sejuk sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara







kek marble trio


credit:CMG

BAHAN-BAHANNYA 
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essencE






CARA MEMBUATNYA
Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu

Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

CATATAN:- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.