Assalammualaikum.dan salam sejahtera kpd rakan2 yg sudi mengunjungi ke blog saya..
blog nie ditubuhkan adalah sebagai rujukan kepada saya dan rakan rakan,dimana smua resepi yang telah sy cuba...

Isnin, 4 Februari 2013

Resepi curros

Assalammualaikumm dan selamat malam semua..resepi curros ni dh lme sy dapat..tapi belum berkesempatan tuk mencuba..hujung minggu lepas terlalu sibuk membuat tempahan..hingga tidak berkesempatan nak buat kudapan anak-anak..kerana hari ni free maka terjadi lah kejadian curros ni..ngeee...
Jom kite intai-intai resepi nyer tue...yezza....
Resepi curros
Bahan-bahan ( 2-3 org )
• 1 cawan air
• 1 sudu makan gula
• 1 1/4 cawan tepung gandum
• 1 biji telur - size A
• 1/2 sudu kecil garam
• 1 sudu makan butter
Cara-cara:
• Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api.
• Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul kemudian angkat dari api..
• Terus masukkan telur dan kacau sebati.
masukkan adunan dlm piping bag bernozel bintang.
• Tekan adunan dan biarkan doh keluar sepanjang 2-3 inci kemudian potong (ikut suka nak pnjg mana)
• Panaskan api dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
• Taburkan gula+cinnamon kalau suka atau celupkan je dalam coklat cair hersley tu..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan