Assalammualaikum.dan salam sejahtera kpd rakan2 yg sudi mengunjungi ke blog saya..
blog nie ditubuhkan adalah sebagai rujukan kepada saya dan rakan rakan,dimana smua resepi yang telah sy cuba...

Isnin, 19 November 2012

kek chiffon pandan


bahan2 nyer ;

150 gm Tepung gandum
150 gm gula kastor 
5 biji telor 
 1 sb ovalette
80 ml air daun pandan
80 ml minyak 
1 sk serbuk penaik
sedikit pewarna hijau

caranya;
  1. Satukan gula, ovalette, tepung gandum, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan,dan sedikit pewarna hijau..Pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Sediakan tin pembakar bulat ukuran 8 inch, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 160 darjah celcius (menggunakan api bawah & atas)
  5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek…lebih kurang 5 minit…Bagi mengelakkan kek kita kempis..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan