assalammualaikum semua...gud monink...hihihi...
pagi2 lagi dh ceria kn...mesti lah kena ceria...baru lah mud baik jer rini...ekekkeke....
nak mintak pendapat teman semua lah...macamner nak bagi tidur awal ekk???
coz sepanjang malam rini xtidur...nakal sangat mata nie...
telah ku pujuk rayu suruh tidur...tp xmau jugak...
last2 berjaga jugak sampai sekarang nie...
sat lagi along pun bangun ler dari tido tu...siap2 mandi...sarapan...hantar dia pegi sekolah...
tapi mama xbole tido lagi...tugas harian perlu diteruskan...
lau tidor gak..alamat xmakan tengahari la anak2 mama nanti...so
bertahan la kau mata sampai malam nanti...nakal sangat taknak tidur kan...
ok..ok..ok....lupakan masaalah tidur tu...(pssttt....lau ada tips bg tidur awal,kongsi2 lah dgn i ok...sharing is caring...ekekekek...)ok lah n3 kali ini eyna nak bawa pemgembaraan bersama hokkaido chiffon cupcake...
kepada yang belom mencuba..elok lah mencuba ok...pasti xrugi...hihihii
lagipun cara membuatnyer pun mudah...
bagi eyna kek nie sgt sedap..
tekstur kek yang sangat lembut...mungkin sebab ada penambahan tepung kastard di dalam kek nie..
bertambah sedap ladi bile di makan bersama kastard nyer...pehhh..memang terbaekk la...
Bahan-bahan:-
Bahan A
4 biji kuning telur (gred A)
40gm gula castor
Bahan B
50 ml susu segar
50 ml minyak masak
1 sdt esen vanilla
Bahan C
60 gm tepung kek (tpung gndum pn bole)
20 gm tepung kastard
1 sdt baking powder
**(Ayakkan )**
Bahan D
4 biji putih telur
1/4 sdt garam halus
80 gm gula castor
Cara-cara:-
-Satukan Bahan A dan pukul dengan whisk dalam 5 minit.
-Masukkan Bahan B kedalam adunan tadi dan terus pukul lagi....Masukkan adunan tepung dan pukul lagi...pukul dengan whisk jer tau...bila dah sebati...ketepikan.
-Pukul putih telur dengan mixer pada kelajuan maksimum hingga bertanduk dan masukkan garam halus...pukul lagi...kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga bertanduk...(adunan meringue).
-Kemudian masukkan 1/2 adunan meringue ke dalam adunan tadi dan kaup balik sahaja hingga rata...masukkan lebihan meringue dan kaup balik lagi.
-Tuangkan 3/4 adunan kedalam setiap acuan...bila dah siap hentak-hentakkan sedikit.
-Bakar pada suhu 150 c selama 20 minit...guna api atas sahaja.
-Bila dah masak dan keluarkan dari oven..hentakkan sikit dan biar sejuk...bolehlah letakkan filling kastard.
Bahan-bahan Krim Kastard:-
3/4 cawan susu segar
2 sdb tepung kastard
2 sdb gula ( tambah kalau suka manis )
1/4 cawan air
Cara-cara:-
-Satukan semua dan kacau sebati...
masak atas api sederhana...pastikan sentiasa kacau untuk elakkan krim berketul..
bila krim mula memekat kecilkan api dan kacau sekejap...kemudian tutup api dan alihkan periuk...kacau lagi hingga krim nampak licin...biarkan sekejap dan masukkan dalam piping bag dan pipe kan pada kek tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan