Assalammualaikum.dan salam sejahtera kpd rakan2 yg sudi mengunjungi ke blog saya..
blog nie ditubuhkan adalah sebagai rujukan kepada saya dan rakan rakan,dimana smua resepi yang telah sy cuba...

Sabtu, 27 Oktober 2012

PECAN BUTTERSCOTCH

SPONGE CAKE 
Bahan2 :
250g vanila sponge mix
4 biji telur ayam
50ml  susu cair
50ml minyak 

Cara2 :
Msukkan sponge mix, telur dan air.... pukul selama 10 minit tanpa henti
Msukkn minyak dan kaup balikkan
Tuang adunan ke dlm loyang bersaiz 8'... bkr selama sejam  140'c
apabila kek sudah masak..terlangkupkn atas redai & biarkan ia sejuk...

SOS BUTTERSCOTCH
Bahan:
2/3 cwn  susu sejat
3/4 cwn gula perang
21/2 sdb butter
2 sdt esen vanila 

Cara:
Masukkan semua bahan dalam periuk kecil (pastikan bahagian bawah periuk@bottom of the pan tebal untuk mengelakkan butterscotch hangus).
Kacau atas api kecil selama 5 minit atau hingga bahan kelihatan sebati.
Kuatkan api dan biarkan ia mendidih sebentar, kemudian turunkan api kembali dan biarkan selama 5 minit, sambil kacau sekali sekala untuk memekatkan sos 
Tutup api, biarkan pada suhu bilik atau 2 jam. Sedia digunakan


PECAN KARAMEL
bahan
80gm gula kastor
100gm kacang pecan (panggang)

Cara :
Masak gula hgga keperangan.Masak atas api paling perlahan..Jangan terover cooked. nanti karamel pahit.
Tutup api,masukkn kacang yg telah dipanggang td.Gaul sebati. Buat dngn cepat krn karamel cepat mengeras
Tuang kekacang karamel td atas dulang yg telah dilapik ngn kertas minyak. Ratakan cepat2. Biar sejuk
Bila dh sejuk, patah2kn & simpan dahulu dlm bekas kedap udara

Ganache   
 bahan

150gm fresh cream
100gm butterscoth (dr sos butterscoth)


Cara:
Pukul fresh cream hgga soft peak - jd kental
Masukkn butterscoth & kaup-balikkan

Cara melapis :
belah sponge kek kepada 3 bahagian 
Bahagian ganache kepada 2 bahagian (1 utk layer, 1 lg utk toping). 
Utk layer, di gaul bersama pecan karemal td & lebihkan sedikit sos butterscotch
Ambil 1 lapisan kek & sapu krim td hingga rata.kemudian lapisan kek kedua  ulang langkah sama hingga habis.
sapu ganache td & ratakan pada keseluruhan cake
curahkan sos atas kek yg telah siap dilepa td.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan